Saturday 29 October 2011

Jahitan Silang Pangkah


Permohonan Ke Sekolah Berasrama Penuh & Kolej Vokasional/Sekolah Teknik/Sekolah Vokasional 2012

Untuk permohonan ke Sekolah Berasrama Penuh, klik link di bawah:

Permohanan Ke Sekolah Berasrama Penuh 2012

Untuk Permohonan ke Kolej Vokasional / SM Teknik / SM Vokasional 2012, klik link di bawah:


Permohonan Ke Kolej Vokasional/SM Teknik/SM Vokasional 2012

Selamat Mencuba, Selamat Maju Jaya

Teknik Jahitan Pelapik Leher Baju Kurung


NOTA JAHITAN

Sila muat turun nota jahitan ini di alamat yang tertera di bawah ini.
Nota Jahitan Tingkatan 1


Pertandingan Menulis Esei YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

Sertai Pertandingan Menulis Esei YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Tarikh tutup penyertaan : 7 November 2011

Syarat dan peraturan sila klik link dibawah:

Bengkel Sulaman Asas

Mari-mari belajar menyulam..........

Bengkel ini terbuka kepada guru dan pelajar
Yuran : RM20
Tarikh : 20 November 2011
Masa   :10.00-12.00 
*Makan/minuman disediakan

Sila hubungi Cikgu Zue untuk maklumat lanjut (016874326)

Lipat Jangan Tak Lipat

Aktiviti Melipat Napkin akan diadakan untuk ahli Kelab ERT.



Berikut adalah maklumat aktiviti tersebut:
Masa:3.00-4.30 petang
Tarikh: 15 November 2011
Tempat: Bengkel Kemahiran Hidup

*Kehadiran adalah wajib

Pertandingan Origami



Mari pakat join ramai-ramai

Friday 28 October 2011

Kek & Biskut

Kaedah Membuat Kek dan Biskut

ERT

Pemakanan & Pengurusan Makanan Tingkatan 1

Fashion Game

Let's try this fun game
Enjoy!

Play Time

Stress belajar? Jom cuba game ni

">

Practice Makes Perfect

Cikgu menemui sebuah blog yang menarik kerana blog tersebut memuatkan latihan ulangkaji dan juga kuiz berkenaan dengan subjek Kemahiran Hidup. Anda semua boleh menjenguk ke blog guru terbabit untuk membaca nota dan membuat latihan.Selamat Maju Jaya!

Sila klik link dibawah:
http://salwanisadlina.blogspot.com/

Soalan Latihan ERT

Pelajar-pelajar boleh mendapatkan soalan latihan melalui blog ini
//http://norlizajais.blogspot.com/2008/08/soalan-ramalan-elektif-ert-1.html

Thursday 27 October 2011

Ulangkaji Bab:Pemakanan dan Penyediaan Makanan

1.Apakah maksud diet seimbang?

A sajian makanan yang mengandungi lebih nutrien, vitamin dan garam mineral
B sajian makanan yang kaya dengan nutrien pembekal haba
C sajian makanan yang terdiri daripada hidangan pelbagai kaum
D sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar
yang betul


2.Antara berikut, yang manakah perlu dimasak pada awal rancangan kerja?

A makanan yang perlu digoreng
B makanan yang dihidangkan sejuk
C makanan yang dihidangkan panas
D makanan yang memerlukan masa yang singkat untuk dimasak

3.Antara cara memasak berikut, yang manakah cara memasak dengan haba kering?

A mengukus C membakar
B merebus D mencelur

4.Apakah tujuan makanan dimasak?

I menjadikan makanan tahan lama
II melembutkan makanan supaya boleh dicerna
III membunuh kuman supaya selamat dimakan
IV mengekalkan nutrien di dalam makanan

A I , II dan III
B I , III dan IV
C I , II dan IV
D II , III dan IV

5.I-Puding Mangga II-Nasi Putih III-Kari Daging IV-Sayur Campur
Pilih susunan langkah yang betul untuk menyediakan sajian makan malam di atas
A.II,1,III,IV
B.I,III,IV,II
C.I,III,II,IV
D.I,IV,III,II

Hi-Tea & Peranggu

16 September 2011

Aktiviti membuat minum petang dn menyusun atur peranggu meja telah berjaya dijalankan. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan menyediakan minum petang dan kumpulan menyusun peranggu meja. Tujuan ativiti ini dilaksanakan untuk memberi pendedahan serta pengalaman sebenar kepada para pelajar.

Jom layan gambar dibawah:

Peranggu Meja



Makanan

Gaul & Ramas

Slaid ini mempamerkan teknik untuk membuat biskut. Selamat Belajar........

Nota oh Nota

Nota ini amat berguna untuk pelajar Tingkatan 3 sebagai bahan tambah untuk rujukan anda. Harap pelajar dapat manfaatkan bahan ini sebaiknya


5 September 2011 - Kelab ERT telah menyertai pertandingan merekacipta kad ucapan daripada bahan terbuang yang telah dianjurkan oleh Kelab Kitar Semula .
Peserta yang mewakili kelab ERT telah mendapat tempat ke dua dalam pertandingan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada kumpulan pelajar tersebut.

Comel kan?

Hasil kreativiti Pemenang

Rekacipta Resipi

Pertandingan Memasak dijalankan pada bulan September yang lepas yang dianjurkan oleh Kelab ERT. Aktiviti ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada pelajar. Semuanya menunjukkan kebolehan dan bakat masing-masing dalam memasak. Peseta-peserta pertandingan ini layak untuk menyertai Junior Masterchef.

Kita layan gambar dibawah......




Tahniah dan Syabas Pada Yang Berjaya

Mesin Jahit

Mata Jahitan Asas

Moga slaid ini dapat membantu pelajar-pelajar dalam memahami topik mata jahitan asas

Pengiraan Kos Hidangan

PENGIRAAN KOS HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP
HIDANGAN SEPINGGAN LENGKAP

1. Pengenalan

Hidangan sepinggan lengkap ialah satu hidangan yang seimbang dan mengandungi semua jenis nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan. Nutrien seperti karbohidrat, protein, lemak, vitamin dan garam mineral terdapat dalam satu hidangan dengan kadar yang berpatutan. Biasanya hidangan ini disediakan dalam satu pinggan atau satu pinggan dan satu mangkuk. Contohnya nasi ayam, di mana nasinya dihidangkan di dalam pinggan dan kuahnya pula dalam mangkuk yang berasingan. Hidang sepinggan lengkap boleh dihidangkan sebagai hidangan utama atau hidangan sampingan. Kelebihan hidangan ini ialah mempunyai khasiat yang mencukupi, mudah disediakan dan dimasak, menjimatkan masa dan tenaga serta boleh dihidang secara peranggu meja atau berpek.

Jenis hidangan sepinggan lengkap boleh dibahagikan mengikut cara timur, cara barat dan budaya serempat. Hidangan sepinggan lengkap cara timur sangat popular di negara kita. Hidangan seperti nasi lemak, mi goreng, nasi goreng dan sebagainya sentiasa dihidang sebagai sarapan atau bekalan ke sekolah, pejabat atau semasa berkelah. Budaya makanan kita telah banyak dipengaruhi oleh makanan cara barat contohnya burger, piza, sandwic, makaroni dan sebagainya. Budaya setempat juga banyak mempunyai makanan istimewanya seperti negeri Johor terkenal dengan lontong dan laksa Johor, negeri Kelantan pula popular dengan nasi kerabu, negeri Perlis dengan laksa Perlis dan sebagainya.

2.Contoh hidangan secara timur.


Mee Kari
Bahan untuk kuah;

8 ulas bawang putih }
3 sudu besar cili kering }
1 inci halia } kisar
10 biji bawang merah }
minyak masak
5 sudu besar serbuk kari daging
2 biji kelapa (ambil santan)
tulang lembu / ayam (direbus empuk)
sedikit gula
garam
daun kari

Bahan lain.

500 gm mee kuning - dicelur
Tauge - dicelur
bawang goreng
fish cake - dipotong
telur rebus
kerang - 1/2 masak
Tauhu - digoreng
jika suka boleh di tambah sambal tumis.

Cara membuat;

1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan yang telah dikisar bersama daun kari.
2. Masukkan rempah kari daging dan masukkan sedikit air - biar masak rempah.
3. Masukkan tulang lembu bersama sedikit air rebusan.
4. Apabila telah mendidih, masukkan santan, gula, garam, kerang 1/2 masak dan fish cake.
5. Biar seketika dan suaikan rasa - angkat.
6. Celur mee dan toskan.
7. Masukkan mee ke dalam pinggan, masukkan semua bahan iringan dan kuah...siap untuk di makan.


3. Contoh Hidangan Sepinggan Lengkap secaara barat(Makaroni Goreng) Dan Jus Tembikai.

Hidangan ala barat ini sesuai dihidangkan sewaktu mengadakan majlis hari lahir untuk ibu atau untuk keluarga yang lain. Berikut adalah contoh gambar Makaroni Goreng.


Makaroni Goreng



3. Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Membuat Makaroni Goreng Dan Jus Tembikai.

perancangan kerja : Senarai ramuan untuk menyediakan hidangan untuk dua orang.


a. PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA

Makaroni Goreng
100 gm makaroni
50 gm tauge
60 gm daging ayam
60 gm udang kecil
50 gm sayur campuran
dingin beku
3 camca besar minyak masak
1 camca teh gula
2 camca besar sos tomato
3 camca besar sos cili
¼ camca teh garam

Bahan tumis (tumbuk):
4 biji cili merah
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

Bahan hiasan:
1 biji cili merah (mayang)
1 biji limau kasturi

KAEDAH MEMASAK
Merebus dan menggoreng


b. PILIHAN MASAKAN RAMUAN UTAMA

Jus tembikai
1/6 biji tembikai
½ cawan air gula
1 gelas air masak
1 cawan ais kiub


4. Kos Pengeluaran Untuk Menyediakan Sepinggan Makaroni Goreng Dan Jus Tembikai.

Pengiraan kos bertujuan untuk mengetahui jumlah kos sesuatu hidangan. Kos pengeluaran mengandungi kos bahan, kos upah dan kos overhed. Kos bahan terdiri daripada kos bahan kering dan kos bahan basah. Kos upah ialah kos bayaran tenaga kerja untuk memasak hidangan dan kos overhed merupakan perbelanjaan selain daripada kos bahan dan kos upah. Formula untuk mengira kos hidangan adalah seperti berikut;

Kos Pengeluaran (kos sajian) = Kos bahan + Kos upah + Kos overhed (kos sampingan)

Pengiraan Kos Pengeluaran Untuk Menghasilkan Sepinggan Makaroni Goreng Dan Jus Tembikai

A. Kos bahan. Bahan Kuantiti Kos seunit(RM ) Jumlah (RM)

Bahan Kering: Makaroni 100 gm 8.00 / kg 0. 80
Bawang merah 5 ulas 3.00 / kg 0. 20
Bawang putih 4 ulas 2.80 / kg 0. 10
Sos tomato2 camca besar 2.80 / botol 0. 30
Sos cili 2 camca besar 3.00 / botol 0. 35
Minyak 3 camca besar 3.50 / kg 0. 20
Gula ½ cawan gula 1.60 / kg 0. 30
Garam ¼ camca teh 0.50 / peket 0. 05

Jumlah 2. 30

Bahan Basah: Daging ayam 60 gm 6. 30 / kg 0. 40
Udang 60 gm 5. 50 / kg 0. 30
Cili merah 5 biji 4. 50 / kg 0. 80
Tauge 50 gm 3. 50 / kg 0. 20
Sayur campuran 50 gm 5 .50 / kg 0. 25
Limau kasturi 1 biji 2. 40 / kg 0. 10
Tembikai 1/6 biji 3. 80 / kg 0. 50
Ais kiub 1 cawan 0. 50 / kg 0. 05

Jumlah 2. 60
Kos bahan = kos bahan kering + kos bahan basah
= RM 2.30 + RM 2.60
= RM 4.90


B. Kos upah
Masa untuk menyedia dan memasak Makaroni Goreng ialah 1 jam. Kadar kos upah untuk kerja yang dijalankan sendiri ialah RM 3.00 sejam.

Kos upah = Bilangan pekerja x masa x kadar upah sejam
= 1 orang x 1 jam x RM 3.00
= RM 3.00



C. Kos overhed atau kos sampingan
Kos sampingan yang terlibat untuk memasak Makaroni Goreng adalah seperti berikut:

Gas = RM 0.40
Air = RM 0.25
Elektrik = RM 0.15
________
Jumlah = RM 0.80
________

D. Kos pengeluaran / kos sajian untuk menghasilkan Makaroni Goreng dan air tembikai untuk dua orang

Kos sajian = kos bahan + kos upah + kos overhed
= RM 4.90 + RM 3.00 + RM 0.80
= RM 8.70

Kos sajian seunit = RM 8.704 /2
= RM 4.35

Nota Jahitan:Alatan Asas Jahitan

Monday 24 October 2011

MASAKAN

Perancangan Menu

  1. Maksud
    • satu senarai hidangan lengkap untuk sesuatu sajian
  2. Tujuan merancang menu
    1. Menyediakan sajian yang diperlukan
    2. Menjimatkan masa, tenaga dan bahan
    3. Menyediakan sajian yang enak, menarik dan berkhasiat
    4. Menyediakan sajian yang menepati anggaran belanjawan
  3. Faktor penentu Menu
    1. Tujuan sajian - tentukan majlis formal atau tidak formal
    2. Kegemaran - tentukan jenis menu yang digemari atau yang dipesan. Kenal pasti pelanggan
    3. Kepelbagaian - hidangan mengandungi variasi dari segi kaedah memasak, bahan yang digunakan , warna dan rasa.
    4. Kemudahan fizikal - bergantung kepada peralatan dan kemudahan yang ada
    5. Keperluan - bergantung kepada keperluan , keadaan fizikal dan kesihatan tetamu
    6. Sumber tenaga dan masa - makanan dapat disiapkan dengan sempurna seperti yang dirancang
    7. Bilangan tetamu - bilangan tetamu harus diketahui lebih awal mengelakkan makanan yang tidak mencukupi atau mengelakkan pembaziran
    8. Perbelanjaan - Menu mestilah berdasarkan peruntukkan yang ditentukan
    9. Sumber makanan - boleh didapati dengan mudah , segar dan berkualiti

Cara memasak dan menyediakan makanan

Masak Tanpa Minyak  Masak dengan sedikit minyak  Masak dengan banyak minyak 

  

  
Mengukus
Menggril
Membakar
Menggoreng dengan sedikit minyak
Menggoreng


Menyedia dan Penyajian Hidangan

  1. Hidangan sepinggan lengkap
    1. Maksud
      Hidangan seimbang yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh
    2. Ciri-ciri hidangan sepinggan lengkap
      1. Mudah
      2. Ringkas
      3. Berkhasiat
      4. Cepat disediakan


    Piramid makanan



    iii. Contoh hidangan sepinggan lengkap
    1. Bihun goreng
    2. Nasi goreng
    3. Kuetiau goreng
    4. Burger
    5. Pizza
    6. Sandwich
    7. Kebab
    8. Nasi kerabu
    9. Lontong
    10. Bubur nasi
    11. Roti canai dengan kuah dal