Thursday 27 October 2011

Ulangkaji Bab:Pemakanan dan Penyediaan Makanan

1.Apakah maksud diet seimbang?

A sajian makanan yang mengandungi lebih nutrien, vitamin dan garam mineral
B sajian makanan yang kaya dengan nutrien pembekal haba
C sajian makanan yang terdiri daripada hidangan pelbagai kaum
D sajian makanan yang mengandungi semua nutrien yang diperlukan oleh tubuh dengan kadar
yang betul


2.Antara berikut, yang manakah perlu dimasak pada awal rancangan kerja?

A makanan yang perlu digoreng
B makanan yang dihidangkan sejuk
C makanan yang dihidangkan panas
D makanan yang memerlukan masa yang singkat untuk dimasak

3.Antara cara memasak berikut, yang manakah cara memasak dengan haba kering?

A mengukus C membakar
B merebus D mencelur

4.Apakah tujuan makanan dimasak?

I menjadikan makanan tahan lama
II melembutkan makanan supaya boleh dicerna
III membunuh kuman supaya selamat dimakan
IV mengekalkan nutrien di dalam makanan

A I , II dan III
B I , III dan IV
C I , II dan IV
D II , III dan IV

5.I-Puding Mangga II-Nasi Putih III-Kari Daging IV-Sayur Campur
Pilih susunan langkah yang betul untuk menyediakan sajian makan malam di atas
A.II,1,III,IV
B.I,III,IV,II
C.I,III,II,IV
D.I,IV,III,II

No comments:

Post a Comment